Welcome To My BlogFollow or Dashboard

Saturday, December 14, 2013

ISLAMIC Love . Relevan ?


" Cinta itu kadang hadirnya sunyi tapi tindakannya pada hati sehingga membuatkan manusia mati "

Melarikan anak mata ke arah yang lebih positif . kasihan aku melihat anak muda yang terlalu hanyut dengan cinta dunia . mereka merasakan mereka 'diva' apabila memenagi cinta . kau kalah anakku . terlalu mudah kau tewas dengan dunia . 

topik yang sering menjadi suapan anak anak zaman berteknologi ini . kau tak cukup taiko selagi kau tak bercinta . istilah yang sering diguna pakai untuk ke jerat dunia . cinta itu fitrah yang Allah anugerahkan pada yang terpilih . tak semua manusia berpeluang untuk merasai nilai cinta ini . kau bertuah kerana terpilih menelusi nilai cinta kafarah Ilahi . 

salurkan rasa ini pada yang berhak . pada yang layak menerima cinta ini . kau tak salah kerana cintakan manusia yang berlainan jantina denganmu . itu anugerah :) kau dikurniakan akal untuk meletakkan nilai cinta itu pada tingkat yang mana . selagi dia belum hak yang mutlak . batasi cinta itu dengan panduan Iman . saat ini kau diuji hebat . mencintai dan ingin dicintai . kau berhak untuk rasa itu kerana kau hambaNya yang diciptakan fitrah itu . 

sedang aku duduk memerhati Timeline yang bergerak rancak . mata menyorot pada tiap bait kata yang terpapar . masih ada yang menggunankan elemen cinta islamik . aku tergelak sendiri bukan kerana mentertawakan tetapi merasakan mereka dibelenggu pemikiran manusia yang cuba memanipulasikan hak sebenar HambaNya . aduh . anak muda . pandanglah pada apa yang dikatakan sebenar benar cinta berlandaskan Allah itu . pandanglah . 

ISLAMIC LOVE ? nyata tak punya beza . kau menghadkan dengan cara bergini ?
some people might say yang cinta islamik menjaga dari tak sepatutnya . * niat tidak menghalalkan cara * kalau hati dah berzina . takkan anggota lain terjaga ?
sedangkan Allah sendiri berfirman . hati itu anggota yang perlu dijaga . baik hati maka baiklah anggotanya .

Mereka lebih gemar menggunakan dasar yang sama . nampak terjaga dari luarannya hakikatnya tak punya banyak beza . cinta itu bukan datang dari DIA . Cinta yang datang dariNYA hakikatnya berlandaskan iman dan taqwa . kau tak akan mencari cinta manusia dengan cara yang murah . kau pertaruhkan janji yang kau sendiri belum tahu kudrat kau untuk itu .

'' kitorang couple tapi islamik laa , mana ada jumpa :/ mesej jee . terjaga apa ? "
        
              " kami sama2 gerak tahajud . saya ingatkan dia baca AlQuran . solat sunat . salah juga? "

        " saya jaga ikhtilat dengan dia . tak mesej . call pon tak tapi saya keep going stalk dia sebab takut dia cari lain -,- "           


konsep apa yang kau gunakan . ? menjaga batasan luaran tetapi dalaman ? hati yang sedang diulik rindu . hati yang sentiasa mendambakan belaian dan perhatian dia . kau mengakui rasa sayang itu tetapi mengapa jalan neraka yang kau gunakan . kau membawa dia ke arah kelalaian .

 Bila nak menutup kesalahan sendiri . itu yang sampai wujudkan konsep " cinta islamik " . mereka mengingatkan tentang dosa pahala tetapi dalam masa yang sama mereka menjerumuskan diri dalam kancah dosa .

sedangkan kita tahu . perhubungan adam dan hawa tidak mendapat redha Allah melainkan 4 perkara : perubatan : perniagaan : pendidikan : perkahwinan :) Allahhu ! 



Jika kita benar yakin dia jodoh kita .. jangan diikat dengan cinta dunia tetapi jamin dia dengan cinta syurga :)
    

JIKA BENAR CINTA INI DARI DIA .............
           saya tak akan mohon perkenalan dengan awak
           saya tak akan save no phone awak dalam list contact saya
           saya tak akan bergayut dengan awak sampai lupa waktu itu waktu tahajud kita
           saya tak akan biarkan awak dengar suara saya kerana ini buat yang halal
           saya tak akan tanya khabar sihat awak . makan minum awak .
           saya tak akan buat awak jatuh cinta pada saya ..
           saya tak akan lakukan ini semua kerana ini permainan dunia buat mereka yang tak menilai apa itu nilai cinta sebenar benarnya ... cinta ini buat DIA & KEKASIHNYA...

Cinta ini anugerah selagi mana kau pelihara dengan Iman dan Taqwa . mencintai dia bukan satu kesalahan kerana itu hak . hati manusia itu penuh ihsan dan perlukan perhatian . Allah menetapkan rasa cinta itu untuk menguatkan bukan melemahkan . pelihara ia sehingga tangan tok kadi kau genggam . susah memang susah . kerana ubatkan teorinya pahit :) 

Jemput dia bila tiba masanya . jangan terlalu sombong dengan menyimpannya untuk diri sendiri . meminta itu hak manusia tetapi hati dia masih milik Allah . Mutlak :) nilailah cinta dengan mata ISLAM . kau akan lihat betapa cinta itu mendamaikan . Allah memilih kau untuk merasai nikmat cinta itu kerana DIA ingin mengajarmu erti sebenar bahagia . Ini semua kerana DIA cinta . 

Friday, December 13, 2013

My Precious One : You're choosen


Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)

Thursday, December 12, 2013

fitrah itu ada selagi fitnah tidak dibuka


Fitrah itu perlu dikawal dengan IMAN bukan disekat dengan AKAL PEMIKIRAN 

Assalamualaikum .

" dia datang sebagai hamba Allah yang dinanti 
hadirnya penuh hormat dan berbudi 
 kau tahu apa yang cuba dia cari . hanya redha Ilahi

aku mohon jangan bermain hati .
biarlah perasaan itu hadir daan pergi
  bukan kita yang mencatur masa depan
jadi mohon aku undur diri " 

11.12.13 ... sounds great kan dengan tarikh yang macam itu ? everybody wanna to create something on date day . it's really related with my heart . after SPM . everything happened suddenly . before that , nak wish taahniah dekat che TA ngan ZAIN :) they already married today
Alhamdulillaah . moga Allah tambah barakah dalam perkahwinan diorang . moga kekal ke anak cucu . sponsor 13 juta kot . haaih boleh beli 13 biji banglo -,- rezeki

soon aku bakal menjejak 18 tahun  . dah cukup besar . Ibu selalu cakap . dah boleh kahwin da .
Erm seram pulak . i'm not ready yet to be adult . hidup di asrama mengajar aku untuk berhati hati dengan dunia luar . sangat2 berhati hati . lebih2 lagi sekolah aku all girls . so macam mana nak ssurvive kat luar ? dengan keliling lelaki perempuan . Ya Allah . aku perlukan tali itu . jangan lepaskan . senior ramai yang cakap . jangan terlalu awkward dengan guys . just pretend to be yourself.

susah nak berubah . banyak dugaan Allah beri . aku harap dia yang terakhir tapi Allah takdirkan satu lagi pertemuan . okeeyy ini salah sendiri . tapi aku percaya pada hikmah Allah . benda nie takkan jadi kalau Allah takkan izinkan ... so thinking .
ada kebaikan dia di sini . aku tetap rasa bersalah dengan dia  . macam aku yang membawa dia ke jalan yang salah . dia budak yang baik . polite . tapi kenapa aku yang buka pintu fitnah itu .

aku harap kehadiran dia . boleh betulkan apa yang salah pada diri aku . do guide me . tiada harapan aku pada dia . aku belajar dari pengalaman . dia pun selalu pesan . jangan berharap .

"" jangan kita ulang benda yang tak patut diulang . pengalaman mengajar kita untuk jadi lebih baik
bukan membawa kepada perkara yang lebih teruk ""

dan itu cukup mengajar aku untuk berharap pada Yang Satu . Dia lebih tahu apa yang Dia rencanakan . kita sebagai haamba . berhati hati dalam tindakan . aku tak mahukan rasa itu sekarang . jika benar dia , biarlaah rasa itu hanya sekali dan ia halal buat kami .
menjaga hati memang susaah sebab hujung pangkalnya adalah bertaut dengan Iman .
adakala Iman kita selamaat  tapi adakala nafsu yang membatasi .
itu pentingnya hubungan dengan Tuhan , kau takkan tergelincir jauh selagi Tuhaanmu memerhatikan.

biarlah ia menjadi rahsia sekarang . jangan terlalu cepat menghukum . aku manusia perlu bimbingan . kenal mana2 usrah berdekatan dengan chemor tak ? any majlis ilmu ke .? aku segan nak tanyaa dia walaupun dia aktif dalam organisation macam nie, bukan pentingkan ego tapi tak nak susaahkan dia .

aku rasa humble sangat kawan dengan dia . dia banyak ilmu duniaa akhirat . sedangkan aku ? masih merangkak dalam kejahilan dunia . berubah itu sangat payah .
Kadang aku terbangun di lewat malam menangisi kenapa susah sangat aku nak istiqamah ?
aku perlukan bimbingan nanti aku rebah .

Ya Allah .
malam itu aku sendiri mencari di mana salah yang aku patut hindari ?

lepaskan apa yang bukan milik kita .
meminta itu hak kita tapi hati dia masih milik Allah .
apa kau punya hak atas hati hambaNya

izinkan aku mencari konklusi .
tak perlu kiranya terputus hubungan . hanya batasi dengan menjaga sebaiknya .
saya tahu kita mampu .







Friday, December 6, 2013

you ask me to learnt more .


" Bina hubungan dengan Allah baru disusuli dengan ukhwah sesama manusia "


Assalamualaikum :)

i'm speecless . dia pandai berkata kata .
your words would silent me up . thanks ^^

****************************************

 Banyak ilham Allah turunkan malam nie . pinjaman Dia . 
before aku post entry about freedom nye aku lepas SPM . Allah turunkan ilham ini
Allah temukan aku dengan someone . 
i do like him ! keeps remind me about the 'real' life .
when i tell him that he was a kind boy . dia mestii akan cakap : kenal dulu :
ya . aku dalam proses nak mengenali kau .

Act , post nie bukannya pasal kau pun . okeeey ?
it's about what you tought me . he keeps remind me about what i forgot .
dia ajar aku untuk tak pandang belakang . let gone be by gone .
semua manusia punya zaman jahiliyah . cuma yang membezakan samada kita masih di situ atau kita bergerak tinggalakannya .

aku tak nak jatuh cinta . sebab aku nak menjaga . 
biar rasa sekali dan itu halal . i reaaaaally hope soooooo .

sometime . kau suka blurrrrrr. bukan sebab kau tak faham . tapi kau sengaja buat tak faham .
please do not stolen my heart yet ! let Allah arranged all the perfectiouns 
HE knows better .

aku sangat berharap kau tak baca post nie . it's all about what i feel . 
kau hebat so i have to be prepared to be the precious one .
i ask Allah for the kemudahan dan jika ini yang Allah tetapkan . accepted :)
just pray for the best .

mohon kau teruskan rasa perahsia ituu ,
aku tak berharap kau rasa yang sama . permainan hati penuh penipuan .
akhirnyaa . lepass SPM . aku buat benda nie . legaaaaaaaaaaaaaaa -.-'

ya . Fitrah manusia itu bertuhan dan ada perasaan . 
aku tak faham -,- 

if the world would not listening you , i will :)



Precious



different people have different thinking .

Assalamualaikum .  
A big world starting from a perfect day .

Allah had send many people in our life to guide us . to give a happiness 
to make us guility and feel bored sometime . it's a life .
but . when we need something , i'll ask Allah for it :)

this is our precious time . meet HIM and tell Him everything .
He knows more than you feel . He knows more than you thought .
He created you so He knows what you need and what you do soon or now .

Fitrah manusia beragama . sejauh mana pun kita melangkah even kau sesat sekali pun 
Allah will ask you to turn back .
that's the point he gave you 'fitrah '
ask back yourself . when we do something yang salah .
jauh di sudut hati . yang paling dasar laaa kirenya 
kita mesti rasa bersalah . yeah , that's it . panggilan keselamatan dari Dia .
He ask you to turn back . it's your choice to concern or just ignore it .
rasa bersalah pun dah cukup baik . itu tanda iman kita masih selamat . cuma tersasar seketika .

Allah sentiasa tunggu kita walaupun kita lupakan Dia . 
jauhnya kita dari DIA tapi dekatnya kita dengan dunia . ?
apa yang kita nak bawak jumpa Dia nanti ? hiburan dunia .... ? i mean lagha kita selama nie .
itu yang kita nak tunjuk depan Dia . ?????
rasa hebat ke bawak itu untuk tatapan DIA . rasa macam tak berguna .
Allah cipta kita untuk pelbagai kepentingan kat dunia nie .
apa manfaat kita untuk kelebihan itu .
kau banggakan bakat yang kau ada ? kau agungkan apa yang kau teruja .
pernah kau fikir siapa punya ? 

admit . as a girl . talking about others is benda yang susah nak hindar . 
sebab perempuan suka memerhati dan mengkritik . 
kadang termalooooo sendirik . 

apa hak aku nak mengkritik apa yang Allah punya ?

after Dia jaga kita selama ni. HE guide us everytime . HE gave us everything we need .
jahaaaaaatnyaa kita . #iTalkToMirror .

For a long time . Allah jaga aib kita .
kita tak baik cuma kejahatan kita masih Allah pelihara :)
Allah jaga untuk nampak kita baik . tapi apa yang kita balas dengan kebaikan Allah ?
makin kerap kita lakukan dosa . 
tapi , Allah tak pernah tinggalkan kita . even one step . 
it really shows how kind Allah to us .



i'm still searching myself . my true self :)
being a big girl now tought me to be more appreciate a time even a second .
makin besar kita makin kita jauh dari dunia dekat dengan mati .
anytime i can leave this dunya .
so , that's why i keep remind myself about akhirat and i really need you .

manusia dijadikan bersebab .
don't ever say yang kau tak berguna . Allah tak cipta sesuatu tanpa sebab .

" carilah kenapa kamu ada di sini " 

we meet someone pon bersebab . mungkin kita tak rasa kepentingan dia dalam hidup kita .
but remember . once HE took back his , you'll know how important them .
pinjaman Allah ada expired date jugak .
bila masa Dia nak ambil . kau tak mampu halang .
jadi . hargai tiap masa . berubah perlu istiqamah . dan tak perlukan due date untuk mula istiqamah .

sebab yang kita punya hanya sekarang :)




Thursday, August 8, 2013

Nyata ada yang lain .

Bismilahirahmanirrahim :)



" At times you may thinks everything gonna be wrong yet you don't realize Allah is setting everything right "

Assalamualaikum :)

NYATA .. Allah simpankan yang lain .
it supposed to be more profesional here . semua berlaku dengan beberapa kedipan mata saja . Allah dah atur  perkara yang terbaik . Dia sangat baik . jadi Dia selamatkan terlebih awal . ini semua tanda sayang dari Dia . 

i don't know why . aku lebih mudah terima apa yang dia buat . mungkin bukan kerana hati dah tak sayang cuma mungkin cinta lebih kuat untuk tinggalkan 'drama' jahiliyah ini . masa untuk berubah . Allah dah 
mudahkan jalan ni . tutup kenangan dengan senyuman kerana perubahan yang manis itu gerak hati dari Allah .
saya tak salahkan awak dengan apa yang berlaku . ya ! di luar hidup lebih mencabar  . saya tak rasa lagi . mungkin ini latihan .hati kita mudah berbolak balik . dalam apa jua perkara .. hati ini senang berubah . bila jumpa yang lain . yang lama mungkin dilupakan atau simpan sebagai kenangan . 

 " ada kenangan yang perlu dilupakan 
ada kenangan yang perlu disimpan 
dan ada juga kenangan yang perlu dibukukan sebagai pedoman .
jika sukar untk menutup tirai semalam .
mohonlah pada Dia moga hati ini terletak satu pada jalanNya "

mungkin saya dah cukup kuat untuk terima ini . hak kebahagiaan manusia lain2. saya punya cerita bahagia suatu hari nanti . mungkin Allah dah makbulkan doa saya . dalam doa .. saya selalu mohon agar diberikan jodoh yang terbaik . awak baik tapi bukan untuk saya :) jadi .. anngap tiada jodoh antara kita .
yakin pada percaturan Allah ^^ 


MASANYA BELUM TIBA
tanggungjawab kita belum untuk ini .  belajar . Allah dah buka jalan untuk lebih fokus pada satu matlamat ! about 10 years Allah uji aku dengan ujian hati . i lost in this ujian . it's enough ! aku dah merasa terlalu banyak pengalaman . some people might say yang love is miracle but if you are fall in love with someone's wrong . it's totally zero . 

       LOVE ALLAH SO ALLAH WILL SENT SOMEONE THAT HE LOVE MOST

simple . kenapa manusia lebih suka berbuat sesuatu yang dilarang ? 
same goes to me .so setiap mata yang membaca . jawab lah sendiri ! kenapa ...? 
actually . nafsu memang kejam . tapi itu yang mnguji kita sejak kita lahir . beratnya melawan nafsu jahiliyah ni.
ALLAH .. please guide me along this way :) 



 Fini suka cakap aku dah terlalu tua untuk hadapi semua ini . Allah uji kita lain2 weih . mungkin , dengan pengalaman yang macam nie . aku lebih berhati2 untuk masa depan ^^ aku bukan tua lah :P tapi aku matang dalam perkara ini . tiba masa . kau juga akan diuji . :) hadapi dengan iman bukan akal fikiran .

MOGA INI YANG TERAKHIR :)
cukuplah ujian hati ini Ya Allah . jauhkan aku dari cinta palsu ini . moga ini yang terakhir dan jaminkan aku dengan cinta menuju syurga . stop berangan nak kahwin awal bagai . jodoh manusia telah ditetapkan . moga aku dapat seseorang yang dapat bersabar dengan karenah aku . '' saya nie sensetive wak ''
moga aku dapat seseorang yang dapat menjadi imam setiap solat aku .
it's all about doa :) kita punya hak untuk meminta yang terbaik dan hak Allah untuk makbulkan tiap permintaan . Dia Maha Penyayang :))

gambar di bawah nie takdek motif pun sebenarnya -,- 
tak nak tengok ? tutup dengan tangan .. hahaha anyway nak ucapkan 
  
SELAMAT HARI RAYA . 
     MAAF ZAHIR BATIN :)

1st Syawal :) selamat hari raya :))





Saturday, July 27, 2013

H.I.D.U.P untuk siapa ?


" Allah tidak pernah menciptakan sesuatu tanpa kepentingan " 

Assalamualaikum :)

alhamdulillah this is already our 18 Ramadhan :) how's Ramadhan ? hopefully getting better day by day . Insha Allah . okey actually entry nie nak tulis dah lama tapi always quite busy la . Acano nak cakap eden kan pemegang mohor mangsa SPM'13 . so kesibukkan itu menjadi lumrah buat diriku :)
sebenarnya korang tak faham kan the truthly meaning of this entry kan ?  it's about life . macam biasa . aku bukannya 'bloggerist' yang always update about their current life . every things they do they meet they wrote . okey those things takde dalam blog nie because i really don't know how to write about 'my life DIARY' here. FULL STOP !
so .. yeah blog nie totally quite bored tapi this is what i really wanna to shared :)

*********** last day .. after balik dari terawih prayer . Angah bagitahu yang dia ada story baru :) suka suka suka :D i ask him what's the title ? then he says : KIL :) okey cerita apa itu ? it's about someone yang nak bunuh diri . guees what ? he had tried many ways to kill himself but totally not works . dia minum clorox . nak terjun bangunan but ada yang menghalang . banyak lagi laa tapi tak berjaya . looks : Allah itu sangat baik . Dia pinjamkan kita sebuah life yang sangat miracle ! Awesome but why manusia tak pernah take any input dari life yang Allah bagi nie #NoteToMyself.

sepanjang aku tengok cerita tuu i realised something . i'm thinking . why people boleh hidup sendiri ? i mean hidup tak nak bercampur dengan other people ? pergi kerja sendiri . dekat sekolah sendiri . senyap . it's not about awak tu tak ramah . tak talkative ! bukan tapi those people yang pilih jalan untuk be alone . pelik kan ? those people thaught yang they do not have anyone or else no one wanna to be their friends . like that ? mindset yang totally wrong ....


Allah jadikan kita hidup kat dunia ni berpasangan . so it shows yang Allah tak akan pernah bagi kita sorang sorang dalam dunia nie . If else Dia yang teman kita :) pernah rasa down tak ? rasa yang macam you lost everything until you do not see anything happiness in your life anymore ? too bad kan rasa macam tuu so apa korang buat untuk mengatasi perasaan itu ?
some people might .........

           " aku kurung diri dalam bilik :\ aku dah tak ada sape sape nak mengadu "

  " aku keluar rumah . cari ketenangan macam pergi clubbing or else "

                       " jangan kacau aku ! semua orang sama ! "

bad situation ^^ turn your way to ALLAH :) everytime kita rasa kita lost something . Allah lebih tahu apa yang kita perlukan . He knows better than us . whenever you feel lost or lonely . remind yourself that Allah has sent everybody away so that only YOU and HIM :) betapa Allah sayang pada kita . Di saat kita kecewa dengan takdir yang Dia tetapkan . ask back yourself . how many times you dispointed Allah ? how many times you be a truly slave of Allah ? ask yourself then kau akan rasa malu yang amat sangat . kau ambil nikmat Dia but once Dia uji sikit daripada million yang kau guna . marah ! kecewa ! rasa dunia ini tak adil !

      siapa kita nak persoalkan itu dekat Allah ?

setiap ciptaan Allah dekat bumi nie hatta di angkasa lepas sekalipun . punya kepentingan pada orang lain . macam kita : MANUSIA :) kadang kita rasa kenapa dia wujud dalam hidup aku ? check balik . dia hadir sebab ketetapan Ilahi dan dia ada kepentingan di situ . Allah tak akan cipta sesuatu yang tak penting . macam doa nie : '' Ya Allah ... jadikanlah aku dari golongan orang yang memberi manfaat kepada orang lain " so that it is :)

keep calm and check balik hati and kondisi IMAN kita . U-TURN jalan nie . Allah beri ilham untuk aku menulis etry nie sebab aku berdosa ! aku sangka buruk dan terlalu cepat menghukum seseorang . aku sedar people buat apa pun dekat kita . ingat balik kebaikan dia pernah buat dekat kita :) dia kawan sahabat yang baik . cuma aku yang terlalu cepat melatah , mungkin -,- tulis entry kali nie rasa macam sepak diri sendiri jee . #TERASA LAH !

dear shabat aku dunia akhirat ... Insha Allah :)
i need a person like you to bought me to Jannah Allah ..

: setiap manusia punya kepentingan di sisi manusia , jadi cari mengapa dia ada di sini ?


Thursday, July 25, 2013

aku dilamar :)



“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…” 
– Ustaz A.Ubadillah Alias

Assalamualaikum 

satu malam . aku dipalu rasa yang sangat meresahkan .. yer disaat itulah datangnya satu lamaran . nak kata aku tak mengantuk .. pagi tadi dalam kelas bukan main dahsyat aku landing .. tapi malam nie mata aku seakan- akan takut untuk melelapkan mata :( Di saat hati aku melawan kerdipan takdir . sungguh aku sangat tak mampu untuk lakukan itu . Allah punya rancangan yang lebih baik . 
aku kuatkan diri bangun melawan resah


    kenapa hati aku resah seakan tiada esok buat aku menadah ? 

Pembukuan pada satu kata . yer aku terpempam dengan lamaran yang diberi . aku menjadi pilihan tatkala ramai yang mendambakan lamaran . lamaran yang tak mungkin aku dapat buat kali kedua . mana mungkin aku tolak dengan mengatakan TIDAK !! jadi .. Alhamdulillah aku terima :) aku bukanlah para ulama yang ilmu mereka merentas benua . bukan juga para sufi yang malam mereka bersama Ilahi . bukan juga para murabbi yang kata kata mereka ibarat serpihan mutiara . i'm just an ordinary people :) sebab itu Allah memilih aku untuk dilamar . 

sseperti biasa , aku selesai mengambil wuduk . malam yang hening . dingin . bukan kerana sejuknya suasana malam tapi rahmat Allah yang menaungi malam . malam dicipta sama adaa untuk kau penuhi dengan lena yang panjang atau bersujud pada yang Satu atau untuk kau melakukan maksiat . malam itu gelap jangan gelapkan dengan dosa ! selesai aku duduk di atas tikar sejadah . hati aku rasa satu ketenangan yang sukar ditafsirkan . Allah itu Maha membolak balikkan haati manusia kerana Dia pemegangnya :) yer ! siapa yang sanggup melebihkan ego apabila Tuhan di hadapan kita ? aku menangis panjang . memikirkan timbunan dosa dosa yang aku lakukan. 



            
untuk apa kita diciptakan ? 

manusia diciptakan untuk menjadi hamba kepada Allah :) bukan kepada dunia . jadi mengapa kita menjadikan dunya sebagai tuan ? sedangkan kita sudah punya TUAN yang Maha sempurna . Allahu . selama ini , aku meletakkan diri di posisi yang baik . itu fikiran bayangan mungkin . sebenarnya jangan sesekali merasakan kau berada di zon selesa . kerana Allah yang lebih tahu di mata kedudukan kau di sisiNya . kita belum cukup sempurna untuk merasakan kita baik . hakikaatnya kita masih pendosa ! 


perubahan yang berlaku . bukan kerana penghijrahan kita tapi kerana kasih sayang Allah :) 
Allah hantarkan signal pada hati sebagai tanda Dia ingatkan kita . apa lagi gambaran yang lebih menyeronokkan selain dapat perhatian daripada Dia ? manusia hakikatnya inginkan perhatian . jangan la kata tak sebab itu hakikat insan . siapa yang suka hidup dipinggirkan ?  bila kita menjadi perhatian Allah . jangan pernah menolak takdir yang Allah inginkan kita untuk U-TURN padaaNya . kita lalai dengan dunya . lalai dengan pangkat yang disandang . lalai dengan harta benda . lalai dengan perhatian manusia . populariti yang dicari buat apa ? aku menulis bukan kerana aku sempurna . kerana jahil itu masih ada :) 

dan pada malam itu .. hati itu masih milikNya 

berapa banyak airmata kita dihabiskan untuk dunya ? berapa banyak kita dikecewakan dunya ? berapa ? mungkin ada yang merasakan airmata itu buat insan yang lemah . 
          hakikatnya airmata yang mengalir itu dari mata yang kuat . kerana apa ? menangis bukan tanda kau lemah tapi tanda kau sangat bersabar . kau tak terusan meluru memaki hamun apabila menghadapi perkara yang menyakitkan  tetapi kau tertunduk memikirkan mengapa kau yang perlu hadapi ini ? kan ?


'' menangislah sepuasnya di dunia kerana di akhirat , airmata mu tidak berguna "



kerana Allah itu sangat baik :) kerana itu Dia ciptakan airmata untuk kita punya kekuatan . dan pada malam itu , aku sedar .. yang Allah punya rancangan yang lebih baik kerana itu aku dilamar malam itu :)





Monday, June 3, 2013

the best planner :)


" Rindu itu fitrah tanda awak masih mentah dalam menguruskan insaniah diri "

Bismillahiramanirahim :)

" atin..... aku rindu dia " 
erm itu je ayat yang keluar dari mulut dia . aku faham siapa yang dia maksudkan . dia jauh dan itu ibarat bonus buat kau lah kawan .takpe aku sangat paham apa yang kau rasa weh . aku pernah rasa yang kau rasa sekarang . kenapa ? jangan ditanya tentang kenapa kau merasai perasaan itu . yer LUMRAH manusia .apa yang kau rasa tak salah cuma kawallah dengan iman dan taQwa . 

lama aku melihat dia termenung macam tuu .. sebagai sahabat . komfem aku risau melihat keadaan dia macam tu . benda normal , bukan aku nak menyibuk tapi menjadi lumrah aku untuk bertanya . yer , dia ceritakan satu persatu dan aku mendengar dengan tekun . akhir dia bercerita .. 
satu je respon aku ----> aku tersenyum :) mestilah dia pelik kenapa dengan aku .
okey , cerita kita sama tapi mungkin sikit berbeza . kita mnyimpan perasaan pada seseorang yang kita tak tahu sama ada dia macam tu jugak or what ?

erm . memendam itu sangat susah sebab ia menjadi rahsia antara kita dan Allah :) enough 
tapi , kadang apabila tak larat dipendam . tak salah kiranya diluahkan pada seseorang .
erm , nak menasihati dia ibarat menasihati diri sendiri .. cermin la katakan .. 
 satu je aku pesan . 

" don't ever force yourself to forget him but force yourself to pretend on this way -----> ISTIQAMAH sayang :)



kau takkan dapat lupakan dia sebab apa :? bukan mudah kita nak lupakan orang yang dah banyak tolong kita time susah , ada time kita need someone . bagi semangat kat kita . sokong dan tegur kita bila kita salah :) even kawan sendiri pon macam uh kan . so it's normal la if susah kita nak lupakan dia .
so . jangan pernah paksa untuk lupakan dia sebab ujian ini Allah bagi pada mereka yang hebat sahaja.
kau berada dalam kalangan yang hebat kalau kau lalui semua nie dengan Iman dan Taqwa . yer aku bercakap dengan cermin . #noteToMyself 

Allah takdirkan kau di jalan ini kerana Dia punya perancangan yang lebih baik . 
mngkin dengan ini kau akan menjadi lebih menghargai apa itu rasa sayang :)
         kau bersabar banyak ganjaran yang akan tiba . trust for a piece of Du'a :)

********************************************************************

" kenapa dia menangis nie " monolog aku dalam hati . risau mungkin -,-' aku tarik tangan dia sedang dia berjalan sediri . alahai kenapa nie ? aku ajak dia ke satu sudut . ceritalah :) aku mendengar 
dia tak bercerita tapi hanya mengalirkan airmata . aku faham . menagislah kerna aku tahu betapa perit merindui dia yang bukan halal buat kita  . bukan kita inginkan tapi fitrah insani :)


Erm , tiada kata yang dapat aku berikan melainkan memintanya berbicara dengan Dia.
ketenangan yang abadi ada di situ . jadi temui Dia dan adukanlah segalanya pada Dia ... 

 :: Allah itu pemberi segala rasa jadi , kembali pada Dia seandainya kau merasa terlalu leka ::


p/s : kepada yang berkenaan , saya tak ciplak cerita awak erk  . awak mungkin fantasi tapi saya realiti . and terima kasih kerana nmemberi idea untuk menulis




lensa kamera ILAHI



" Kita hanya tetamu di dunia , jadi tanya Allah apa peranan kita di sini . 
Kita hanya hamba jadi tanya ' Tuan ' apa khidmat kita diperlukan di sini.. jadilah manusia yang 
memberi manfaat kerana syafaat kekasihNya akan diperoleh di sana "

Bismilahirahmirahim  :)

amanah telah kembali sebagai seorang pelajar . menulis hanya bila kelapangan . 
kerana medan dakwah itu amat luas :) hari nie dekat sri damansara ada bengkel penulisan kontemporari anjuran telaga biru . admit memang nak pergi .. tapi ibu ngan ayah tak bagi sebab risaukan aku . 
ada ustaz pahrol Juoi , uztaz Zahazan and ada sorang lagi .... takpelah , moga niat ini menjadi pahala .
mungkin ada hikmah kan ^^ tahun depan mungkin ada lagi kan . boleh pergi tak ? 

percaturan Allah tidak pernah mengecewakan :)

kadang kita tak nampak segala macam hikmah sebab kita mencari kesmpurnaan .
mana mungkin menjumpai yang sempurna kerana manusia bersifat lemah . lihatlah dengan kamera hati bila menilai sesuatu . kerana hikmah kebenaran ada jika dilihat bersandarkan Allah .. 
kadang manusia lambat sedar dengan apa yang berlaku ..

LENSA ILAHI ? pelik dengan tiltle nie .. erm , Allah tak perlukan kamera atau apa apa cermin untuk melihat kita sebab yang kita lakukan bertitik tolak pada ketentuan yang Dia sendiri tetapkan . so pernah terfikir kenapa manusia tak pernah jemu membuat kesilapan sedangkan tahu sifat Allah itu yang Maha Melihat ? mungkin belum tiba azaaab ataupun sebab merasakan jawatan dan pangkat yang dipegang tak melayakkan kau menunduk ke bumi ....

kadang jangan terlalu mendongak ke langit mencari rezeki kerana apa di lantai bumi tak semestinya yang tidak  membawa ke pintu rezeki
 

betapa mudah manusia mudah lupa dengan nikmat Allah .
kita sihat kerana kebaikan Allah . kita gembira kerana kesempatan yang Allah bagi.
ye .. PELUANG ! setiap saat kita di bumi nie adalah peluang .
kerana masa kita sangat suntuk . sangat kurang jadi peluang itu sangat hampir .

" jangan dihitung bila kita bakal dijemput Ilahi tetapi hitung berapa hari lagi kita diberi masa untuk beraksi sebagai hamba Ilahi "
                             
kebaikan yang kita buat tak semestinya menjadi bahan pujian manusia .kadang boleh menjadi fitnah pada empunya . kan ? logik? hati kita memang lain lain sebab manusia dicipta sebagai pelakon yang menjadikan pentas dunia sebagai medan mencari rezeki.
ada yang menjadikan dunia tempat berhibur semata . ada yang menjadikan dunia tempat mencari ilmu duniawi ukhrawi .. namun , ciptaan Allah terhadap manusia hanya satu tujuan ----- > mencari mardhatillah :)

jadi , apa pun yang kita buat atas muka bumi ie pastikan redha Allah itu utama .
memandang ke angit seolah melihat Allah memerhati kita . ya . disitu kita lihat lensa Allah merakam setiap pergerakkan kita untuk menjadi 'hadiah' buat kita di hari 'BERTUAH' nanti .

kita dipandang baik di dunia bukan kerana kita memang baik tapi kerana Allah menutup aib kita di dunia :) jangan dicari aib orang kerana aibmu dijaga oleh Allah ....
kita memang takdek hak langsung nak dedahkan aib orang sebab hak itu semua atas Allah . jadi , bertindaklah sebagai seorang muslim yang mencari perhatian Ilahi bukan perhatian duniawi .




bila mana kau merasakan dunia ini memenatkan . bersujudlah kerana akhirat itu sangat hampir :)


Kerana Allah sangat baik :)


" Umat Islam tidak akan merasakan nikmat Islam yang sebenarnya seandanya hati mereka hangus dibakar api permusuhan sesama sendiri . Perpaduan adalah keberuntungan bagi ummah iaitukeberuntungan  yang diperoleh tanpa merugikan mana mana pihak " 

Bismilahirahmanirrahim :)

just back from school . baru 3 hari duduk rumah . seminggu dihabiskan dengan sesi perkampungan ilmu dekat sekolah . okey great ! even jadual sangat padat tapi untuk kebaikan jugak kan ? if duduk rumah pun tak sure boleh habeskan silibus ke tak . nampak tak ? perancangan Allah itu sangat sempurna .
 act dekat sekolah macam macam benda nak post but totally blank bila dah sign in blogger.com nieh -,-
okey lumrah .. setiap perkara berlaku dengan izin Allah :)

almost a month kami tak berhubung . bukan bermakna saya kuat tapi semua nie datang dari Allah .
dijadikan jarak ini pelindung yang sangat utuh .. fi hifzillah ya anta ^^ perubahan yang berlaku mungkin memberi kesan padaa kita ------> sangat ! tapi hidayah yang diberi tak daatang selalu dan pada yang tertentu ...

.................................................................tukar topik............................................................................

memang tak sangka . sudah 17 tahun kan ? tapi perangai masih sama . bila nak berubah nie ? 
sampai bila aku nak jadi macam nie . matured boleh ? aku cepat sangka buruk dengan orang la .
yeah itu salah satu sifat buruk aku . teruk kan ? dan sangat senang percaya cakap orang .
yang menghairankan aku sendiri benda baik susah sangat nak percaya tapi bendaa buruk . okey WIFI saya sangaat laju nak connected :) i'm bad kan .......................
okey . judge people macam tuu memang tak baik so patut dihindarkan nie . shuh shuhh --------**




dia tak seperti yang mereka sangkakan . ye dia hebat di twitter :) kata2 dia dapat membuatkan ada yang mengata > dia tak bercakap buruk tetapi kebenaran yang nyata . Allaahhu ... cepatnya aku bersangka buruk.
mungkin kerana kondisi iman yang belum sempurna membuatkan aku jadi cepat mengata . 

                      " pandai tweet macam macam tapi ada dia buat ? "
     " kadang aku rasa tweet dia tu semua nak cari publisiti orang je .. manusia nak femes "

semua aku dengar . tapi bukan semua dari mereka . aku juga ! maafkanlah aku kerana terlalu cepat menghukum seseorang atas perkara yang dah jadi . mungkin . biarlah dia berkata2 . hak asasi manusia .
sebab aku tahu sebelum dia mengatakan sesuatu , mesti dia fikir dahulu kan ? so , maaf sebab terlalu cepat membuat kesimpulan hati . ishhh hati . kondisi Iman belum stabil nie . banyak yang perrlu diperbaiki .

teringat satu malam . tengah aku sorang2 melayan perasaan atas kati yang 'empuk' tuu . tiba2 datang sahabat aku .. afini shamsudin :) dia datang nak bersembang katanya . erm , macam paham je aku kesunyian ---> insomnia la malam tuu (tak boleh tidor ) then borak2 macam2 . aku terkeddu dengan satu topik yang kitorang bualkan malam tu .. it about KAMI . truthly aku dan dia belum cukup kuat untuk menutup dengan sempurna . mungkin aurat sudah tapi nak menutup sifat yang pelik2 nie .. alahai takut menjadi fitnah agama .



" sebelum nak buat benda yang orang nampak . kita betulkan yang antara kita dan Allah dulu .. "

itu yang fini cakap . aku setuju :) kita betulkan solat fardu dulu . akhlak kita dulu . then pergaulan kita dengan manusia .. dengan Allah :) hablu mina Allah hablu mina nas ......................... kan ^^
menutup aurat itu kewajipan tapi kalau akhlak kita tak selari dengan pemakaian . so how ? 
aku banyak kali terfikir macam nie . sebab kekurangan aku banyak sangat . kata2 yang aku tweet kat twitter , facebook ... tak perfectly aku buat . aku ikot . so then ?  sama2 kita betulkan diri . moga Allah membatu tiap langkah kita menuju JannahNya :)

"masa yang kita punya sangat singkat jadi jangan singkatkan lagi dengan memikirkan masalah orang yang kita sendiri tahu kita tak boleh membantu . cuma bantu dia dapatkan bantuan Allah :) "

p/s : maaf ini untuk hamba yang hina ^^