Welcome To My BlogFollow or Dashboard

Friday, December 13, 2013

My Precious One : You're choosen


Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)


Pagi itu , tenang sekali . aku duduk bersimpuh diatas sejadah pemberian seseorang yang selama ini aku menantikan kehadiran dia . Ya aku menantikan kepulangan dia .  lama aku berteleku , memikirkan mimpi yang bertandang malam semalam . aneh . apa yang aku fikirkan sebelum dibuai mimpi ? thinking sofea . buat sakit kepala memikirkan perkara yang tak pasti .

" paanggggg ! " Allah bunyi apa itu ? segera aku bangkit untuk melihat apa yang bersepai ke lantai .

"che bu rupanya . Alahai pagi2 sudah laparnya ? " habis berselerak pasu mama . kaget . apa nak jawab dengan mama ?  aku bukan seorang penggemar haiwan apatah lagi kucing belaan . sensetif sangat hidung ni . tak boleh terbau bulu . nanti mulalah nak berbunyik sampai ke pagi . walaupun sekarang dah pagi -.- 

tapi , kerana memikirkan mama dan abah tiada di rumah . aku gagahkan diri untuk memberi che bu makan . bukan susah pun sebenarnya . semua mama dah letak dekat tepi sangkar che bu . kau yang pemalas sofea ! 

aku duduk sebelah che bu . alalalaa comelnya dia makan . aku terfikir Allah menciptakan haiwan di atas muka bumi ini untuk apa ? semua makhluk ada kepentingan . " wahai che bu . mengapa kau ada di sini ? " sengal .

dia tak punya akal untuk berfikir . dia tak punya nikmat bersuara yang boleh memerintah manusia .
 dia hanya punya mata yang melihat akal manusia bergerak .dia punya telinga yang mendengar setiap butir bicara manusia . buruk atau bermanfaat . dia hanya punya hati yang aku tahu lagi suci daripada aku , mungkin . yang penting hatinya tak pernah dikhianati . tak pernah terikat dengan janji manusia yang tak pernah berhenti  syurganya pasti . aku ?  mengeluh .

Telefon berdering mematikan angan2 . haih cik Taylor Swift ni pagi2 nak memekak . aku kerling pada skrin telefon mencari nama si pemanggil . oh yeah mama :)

" assalamualaikum sofea . anak mama dah bangun ? awal ? " ini ayat perli namanya .
" Ma . sofea dah besar . i can handle myself la . jahat taw . so buat apa tu ? " bunyi seakan merajuk . tapi nak mama pujuk , silap saham la kau melabur .

" that's why i trusted you more than your sister . ma dan abah baru nak pergi breakfast . so enjoy your day sayang . Assalamualaikum " ayat nak bagi aku jeles la tu . sorry tak layan . 

" waalaikumusalam " lemah suara . mama dan abah baru seminggu menjejakkan kaki dekat rumah Allah . rindunyaa :) aku tak nak mengganggu . mereka pergi menunaikan ibadah bukan beriadah .
panggilan Allah pada yang terpilih . moga mabrur . itu doa aku .

selesai bersiap ala kadar . sekadar mengenakan jubah kesayangan dan sehelai tudung berwarna biru muda . aku menuruni langkah dengan sopan . sopan ? tak mungkin .

Qaisara Sofea binti Khairil :)
 such a beautiful name . okey ini perasan . i'm already 19 years old . pelajar tahun ke-2 jurusan undang2 civil . belum boleh dipinang lagi . itu syarat abah . katanya kahwin awal memang digalakkan tapi kalau bakal menyusahkan . baik elakkan . aku selalu terfikir . apa yang menyusahkan ? nak kata aku tak pandai masak . hello i'm chef in the kitchen oke . menjahit tak perlukan kemahiran . ambil benang dan jarum . tibai jelah asalkan yang terbuka kembali tertutup . lagipun kalau dah kahwin bukannya aku nak jahit baju melayu jeans and segala mak nenek dia . ye dok ? 

Mungkin belum sampai waktu yang sesuai . Abah dah hidup lama . dia lagi berkemahiran . ikot jelah lagipun mana ada calon . mama selalu pesan , alam rumah tangga macam tin biskut hup seng . dari luar nampak cantik je tin biskut tu . tapi cuba bukak tengok . tak semua biskut disusun elok dan teratur . nasib baik . dapat lah yang elok segi empat tepat . kalau tak . senang juga sebab dah tersedia patah . opss . 
Apa kaitan ? mama kata macam itulah alam perkahwinan . 
sebut pasal kahwin , semua orang senyum sampaikan budak tadika pun suka :) sebab luaran orang nampak manis . hakikatnya . rasa sendiri . pandai jaga . elok . kalau tak fikirlah sendiri 
mama mama . tak pasal2 biskut hup seng pun jadi analogi .

sekarang cuti semester . memang bosan kalau tak dimanfaatkan . hari ini nak keluar dengan Hainan nak buat projek memenuhi masa . girls day out :)
aku bukan jenis kaki shopping so mohon jangan nak heret aku ke mega sale or anything . jatuh la harga bertingkat-tingkat pon aku tak pandang . bersederhana dalam kehidupan . trademark yang aku pegang . disebabkan Hainan ni suka sangat ber'shopping , pernah jadi kes aku tinggal aje dia kat Sogo tu . ini baru namanya kekejaman dalam persahabatan. bukan sebab aku zalim dengan dia . tapi aku tak suka tunggu orang dan tengok dia buat benda yang aku tak suka . Hainan ? dia tak kisah sebab dia lebih pentingkan sale mak nenek dia dari aku . sorang2 pun okeeey ape . Whatever .

Aku meluncur laju dengan menaiki kereta comel VIVA'fea . sebenarnya Viva + Fea . gedik kan ? suka hatilah . kereta aku mesti secomel tuannya . tepat jam 10 pagi . kalau aku sampai depan rumah Hainan dan dia tak siap lagi . alamatnya ada scene kena tinggal kali kedua lah nampaknya . 

15 minit ke rumah Hainan . dia dah terpacak depan rumah dengan muka yang macam nak telan kereta aku . okey ini adegan apa ? berhenti aje kereta depan dia , membebel macam mak tom belakang rumah abah . aku lambat ke ? 

" sofea khairil . kau tahu berapa lama aku terpacak depan rumah tunggu kau ? kau janji pukul berapa ? mana jam tangan Casio kau . bagi sini nak tambah jarum . kalau tak aku bagi jam ding dong bell rumah aku . gantung dekat kepala " dia dah mula daah .

" kau dah tunggu berapa lama ? " aku jawab selamba . malas bertarung mulut dengan dia . aku ni sahabat yang penyayang . Muehehhee 
 " Lamaaa sangat . 10 minit . habis cair make up aku . " itu dia kata lama . apek cina jual sate la Hainan ni . 

" 10 minit kau kalau aku turunkan kau dekat simpang sana . kau jalan kaki nak ? itu bukan lama . aku tak suruh kau tunggu depan rumah pun . tunggu la dekat dalam . apa guna atap ? " kan dah dapat pembalasan balik . 

diam sunyi dan sepi . haa macam nilah . banyak berkat kereta aku .
terus diam buadak ni . ini ada sesi merajuk la ni . aku faham Hainan . lembut sangat hatinya . pantang diusik . panjang rajuknya . 

Sogo . aku sudah tiba . memang tak boleh besar lagi ke banner SALE HUJUNG TAHUN ? nak memujuk Hainan macam ni lah ceritanya . terpaksa buat amal jariah pagi2 minggu nie .

"jom keluar . nak ikut tak ? " aku sekadar pelawa . nak tak nak lain cerita .
" kau kata nak pergi PJ ? " main tarik tali pulak dia ni . 

aku tutup kereta dan jalan . memang tak gentleman punya kawan . aku tahu dia kan ikot .
senyum lebar aku tengok dia . hailaaa anak pakcik sabri ni . nasib lah kau sahabat aku .
seronok la dapat jubah sepasang . ikhlaskan hati Sofea . Tak kemana pun duit tu . bukan boleh bawak mati . abah selalu pesan . duit ini rezeki Allah . bukan hak kita semuanya . ada hak orang lain tapi kita yang kena pandai agihkan . jadi jangan kedekut ye kakak2 .

sementara tunggu Hainan membelek entah apa lagi dia nak . aku duduk sambil tangan ligat bermain NOTE II . twitter semakin rancak berjalan . TL tak pernah sunyi dari tweet manusia . ada yang sekadar mencelah tanpa tahu apa2 . ada jugak yang tak kurang nak menempek idea . semua manusia berlumba nak menjadi yang mnyerlah . hak peribadi . niat aku tak tahu . tak syok laa ada twitter tapi followers sekadar 2 3 kerat kan ? tapi aku suka . makin ramai yang mula berdakwah melalui laman sosial ni . semua tweet benda yang bermanfaat . nak buat pahala bukan susah . ye dok ? tapi asalkan hati tulus ikhlas kerana Allah bukan mengejar perhatian manusia .

" Lama pulak cik Hainan ni . cari baju ke baru nak cari benang nak menjahit ? " ngomel aku sendiri . " komen je makcik ni dari tadi . dah habis da " aik , dengar pulak Hainan ni . baguslah . aku jenis berterus terang . tak suka pendam2 . sakit . ini semua pengalaman .

samapaai ke malam kami berjalan . melepaskan lelah belajar yang tak sudah . dekat U mana ada masa nak shopping nie . assigment yang bertimbun . sakit kepala penat jantung aku berfungsi .
 lepas hantar makcik ni balik rumah dengan selamatnya . aku pun membawa haluan ke rumah sendiri . aku nampak katil je sekarang ni . penat melayan karenah Hainan yang macam budak 9 tahun padahal nak dipinang orang da . makcik betul . dia kata dengan aku je la dia nak manja2 , kat U susah . okey ayat tu aku terharu :(

aku kenal dia sejak darjah 1 lagi . semuanya sebab pencil colour . aku berebut dengan dia nak pencil colour warna hitam dan jenama yang sama . haiyaa manyak budak2 . punyalah bergaduh macam nak rebutkan bongkah emas . hakikatnyaa pensil warnaa hitaam . esoknya aku geram sebab semalam aku kena beralah . dibesarkan dalam suasana ada 2 abang dan seorang kakak . bab2 nak mengenakan orang aku pakar . niat hati nak conteng beg dia yang suci putih tu dengan warna hitam . daah kau nak sangat warna hitam kan ? i'll show you how to use that colour prefectly . sampai je dalam kelas . cantek . aku sorang2 . memang Allah jodohkan aku betul . aku letak beg atas kerusi . tapi atas meja ada satu kotak warna pencil jenama STABILO . kalau zaman dulu dapat Stabilo macam dapat ribena tahu ? Hainan bagi . dari dulu dia dah pandai main sweet2 ngan aku . lembut aje budaknya . insaf pulak . terus tak jadi nak buat idea jahat . lastnya kami kawan sampai sekarang . Alhamduliilah Allah panjangkan ukhwah kami . dia seorang kawan yang saangat sabar dengan aku . aku pun sama laaaa . 

sampai aje simpang nak membelok ke Meru High . aku nampak ada seseorang berbaring atas jalan . dah tak ada tilam ke nak landing kak ? hey Sofea . jangan main2 laaa . aku berani2 takut aje nak berhenti . entah2 nak menyamun ke . apa ke ? jangan dibuat main orang sekarang . akalnya tak bertempat . aku berhentikan kereta betul2 tepi jalan . kenapa la time2 macam ni tak ada satu kereta pun nak lalu . ? aku tawakal aje waktu ni . mama abah . Sofea takut . aku keluar dari kereta . mengatur langkah ke arah manusia tak bertilam tu . guy or ladies ? 

dengan ditemani cahaya malam dan lampu jalan yang macam hidup tak hidup . abah punyalah bayar cukai jalan tapi lampu pun tak boleh betulkan . haiyaaa mama ! aku kenal dia ! kenapa dia ada dekat sini ?  


******************** to be continued **********************