Welcome To My BlogFollow or Dashboard

Thursday, July 25, 2013

aku dilamar :)



“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…” 
– Ustaz A.Ubadillah Alias

Assalamualaikum 

satu malam . aku dipalu rasa yang sangat meresahkan .. yer disaat itulah datangnya satu lamaran . nak kata aku tak mengantuk .. pagi tadi dalam kelas bukan main dahsyat aku landing .. tapi malam nie mata aku seakan- akan takut untuk melelapkan mata :( Di saat hati aku melawan kerdipan takdir . sungguh aku sangat tak mampu untuk lakukan itu . Allah punya rancangan yang lebih baik . 
aku kuatkan diri bangun melawan resah


    kenapa hati aku resah seakan tiada esok buat aku menadah ? 

Pembukuan pada satu kata . yer aku terpempam dengan lamaran yang diberi . aku menjadi pilihan tatkala ramai yang mendambakan lamaran . lamaran yang tak mungkin aku dapat buat kali kedua . mana mungkin aku tolak dengan mengatakan TIDAK !! jadi .. Alhamdulillah aku terima :) aku bukanlah para ulama yang ilmu mereka merentas benua . bukan juga para sufi yang malam mereka bersama Ilahi . bukan juga para murabbi yang kata kata mereka ibarat serpihan mutiara . i'm just an ordinary people :) sebab itu Allah memilih aku untuk dilamar . 

sseperti biasa , aku selesai mengambil wuduk . malam yang hening . dingin . bukan kerana sejuknya suasana malam tapi rahmat Allah yang menaungi malam . malam dicipta sama adaa untuk kau penuhi dengan lena yang panjang atau bersujud pada yang Satu atau untuk kau melakukan maksiat . malam itu gelap jangan gelapkan dengan dosa ! selesai aku duduk di atas tikar sejadah . hati aku rasa satu ketenangan yang sukar ditafsirkan . Allah itu Maha membolak balikkan haati manusia kerana Dia pemegangnya :) yer ! siapa yang sanggup melebihkan ego apabila Tuhan di hadapan kita ? aku menangis panjang . memikirkan timbunan dosa dosa yang aku lakukan. 



            
untuk apa kita diciptakan ? 

manusia diciptakan untuk menjadi hamba kepada Allah :) bukan kepada dunia . jadi mengapa kita menjadikan dunya sebagai tuan ? sedangkan kita sudah punya TUAN yang Maha sempurna . Allahu . selama ini , aku meletakkan diri di posisi yang baik . itu fikiran bayangan mungkin . sebenarnya jangan sesekali merasakan kau berada di zon selesa . kerana Allah yang lebih tahu di mata kedudukan kau di sisiNya . kita belum cukup sempurna untuk merasakan kita baik . hakikaatnya kita masih pendosa ! 


perubahan yang berlaku . bukan kerana penghijrahan kita tapi kerana kasih sayang Allah :) 
Allah hantarkan signal pada hati sebagai tanda Dia ingatkan kita . apa lagi gambaran yang lebih menyeronokkan selain dapat perhatian daripada Dia ? manusia hakikatnya inginkan perhatian . jangan la kata tak sebab itu hakikat insan . siapa yang suka hidup dipinggirkan ?  bila kita menjadi perhatian Allah . jangan pernah menolak takdir yang Allah inginkan kita untuk U-TURN padaaNya . kita lalai dengan dunya . lalai dengan pangkat yang disandang . lalai dengan harta benda . lalai dengan perhatian manusia . populariti yang dicari buat apa ? aku menulis bukan kerana aku sempurna . kerana jahil itu masih ada :) 

dan pada malam itu .. hati itu masih milikNya 

berapa banyak airmata kita dihabiskan untuk dunya ? berapa banyak kita dikecewakan dunya ? berapa ? mungkin ada yang merasakan airmata itu buat insan yang lemah . 
          hakikatnya airmata yang mengalir itu dari mata yang kuat . kerana apa ? menangis bukan tanda kau lemah tapi tanda kau sangat bersabar . kau tak terusan meluru memaki hamun apabila menghadapi perkara yang menyakitkan  tetapi kau tertunduk memikirkan mengapa kau yang perlu hadapi ini ? kan ?


'' menangislah sepuasnya di dunia kerana di akhirat , airmata mu tidak berguna "



kerana Allah itu sangat baik :) kerana itu Dia ciptakan airmata untuk kita punya kekuatan . dan pada malam itu , aku sedar .. yang Allah punya rancangan yang lebih baik kerana itu aku dilamar malam itu :)