Welcome To My BlogFollow or Dashboard

Saturday, April 19, 2014

jauh dan pergi


kau tahu dia tak setia
kenapa kau rela bercinta ?

kau tahu dia tak suka
kenapa kau meluah rasa ?

kau tahu dia memang bikin orang kecewa
kenapa kau masih meminta ?

sudahlah manusia

sedang hakikat manusia memang begitu
KEJAM !


Saturday, April 12, 2014

mendakap Sang Awan yang sunyi



sang awan itu sudah pulang pada yang merinduinya
kau tahu apa itu erti belajar sendiri?
tak !!
sebab kau tak pernah dibiarkan terkulai sendiri 
yang kau tahu pasti ada yang menemani

petang itu 
dia duduk di bawah beralaskan tanah yang basah
yang dia mahu hanya peneman yang setia mendengar segala celotehnya
dia tunduk 
hanya tunduk dan sunyi tanpa bicara
aku hanya mahu dia bicara mengapa ada esakan dalam bebanannya?

sini aku beri pelukan kerana aku rindukan sang awan yang sunyi itu
ya aku rindukan tawa dia
aku rindukan senyuman dia . usikkan dia
sudahlah mengapa perlu kau esakkan pada dia yang tak punya hati

buang dia 
campak jauh jauh pun tak apa 
kau masih punya pelangi yang setia menanti 
kau masih punya hujan yang menemani
dan yang pasti wahai sang awan yang sunyi
kau masih punya DIA pemilik alam yang fana ini

mari sini 
sang awan yang sunyi
biar aku bisikkan sesuatu 

kau sebenarnya tak sunyi cuma kau perlukan pengubat hati
mashaf Ilahi ..
buka dan kaji dan saat itu kau pasti tak jumpa apa itu 
SUNYI .



Friday, April 11, 2014

hujan itu tanda DIA rindu


" hujan itu sifatnya jatuh tapi kau tahu saat itu doamu diangkat naik "

Malam itu hujan lebat dari biasa .
sifatnya yang cuba bermesra dengan penduduk manusia tetapi dicela kerana kelebatannya
namun pada aku .
manusia yang terlalu rindukan titisannya 
aku gembira dengan sapaan Nya 
terlalu gembira :) 

lantas aku mambawa diri dekat pada jendela . 
menguak sayu melihat malam yang begitu pekat ditambah kesejukkan hujan 
hati ini tiba tiba disapa sayu 

Ya Allah . rindunya Kau pada kami . 
perlahan lahan aku menyentuh titisan hujan . sejuk dan mendamaikan .
biarlah ia terus menyentuh wajah siapa tahu mungkin ini yang terakhir hujan itu menyapa manusia?

teringat kisah yang dikhabarkn ustazah ketika usrah dahulu 

    " hujan itu tanda Allah rindukan kita . kerana apa ? apa yang ALLAH janjikan pada waktu hujan ? "
kami yang mendengar hanya mampu terdiam . tak tahu . 
   " hujan itu sifatnya sementara . apa yang DIA janjikan pada waktu sementara itu . sebagai contoh . selalunya SOGO akan buat sale lama tak ? mestilah tak sebab barang yang ditawarkan bernilai dan ade brand such as limited edition kan . 
 so begitu juga dengan hujan yang sifatnya sementara dan Allah kurnikan satu rahmat dalam waktu yang singkat itu . DOA akan mudah dimakbulkan ."


Ya benarlah . hujan itu menjadi rahmat pada siapa yang tahu menghargai .
walaupun hanya titisan nikmat . namun siapa tahu ALLAH selitkan satu rahmat yang menjadi satu hadiah buat manusia yang tahu menilai . 

Allah mahu kita bersyukur saat diberi hujan .
saat diberi matahari .
 saat dihembus angin .
 kerana manusia itu sifatnya lalai dan terlalu leka pada kenikmatan .
 bila manusia tahu ada nikmat yang menanti dia sebenarnya lupa ada ujian yang bakal kau tangisi ...

bersyukurlah walau kau diberi kekurangan .
aku mohon agar DIA sentiasa mendengar segala keluhan hati . 
melihat saat aku rebah dan terus menanti saat aku bangun mencari DIA .
aku mahu cintakan DIA . 
aku mahu DIA terus ada di saat aku jatuh . jangan tinggalkan aku Ya ALLAH .
jangan pernah pandang sepi pada apa yang aku minta ..

malam itu menjadi terlalu panjang .
di dalam hujan aku menadah tangan memohon DIA beri dan terus beri kekuatan 
kekuatan dalam perjuangan yang baru aku mulakan .

kuatkan kami Ya ALLAH .

semalam 
aku selalu berkata .. tunjukanlah Wahai pemilik jiwa 
seberkas dosa itu aku yang punya 
Engkau mengenaliku 
yang bisa terima aku seadanya 
dan aku tahu ..
keterlanjuran ucapanku selama ini itu yang menghantu 
yang terus menjadi penghalang aku menghampiriMU
Kekasihku Kau tahu ..
pengalaman aku meninggalkanMu 
sebenarnya menjauhkan aku dariMU ..

wahai PEMILIK HATI manusia
hati ini memerlukanMU ...




Thursday, April 3, 2014

bagaimanapun . KAU TETAP RISAU


yang kau tahu hanya risaukan aku .
ya . 
aku tahu itu perhatian yang kau bagi 
tapi aku hanya minta perhatian dalam kepercayaan 

aku buat apa pun 
kau tetap risaukan kesetiaan .
kau mahu aku lakukan apa .

duduk diam dan perhatikan alam ?

come on lah .
aku masih setia pada kau .
sebab aku pun tak nak yang lain .
cuma aku mahukan kau percaya 
bukan ragu ragu dengan setiap tindakan aku .

kau mahu aku terus disini .
merenung semua dengan mata yang basah dalam memerhati .

cukuplah sangsi .
aku setia ni . 
ke kau nak tengok aku pergi ?

Tuesday, April 1, 2014

pandang aku boleh ?


aku hanya minta kau senyum .
kerana aku tahu payah untuk kau ketawa 
jangan pernah risau .
aku sentiasa menunggu senyuman kau .

ingat ?
saat kau tunggu aku tersenyum 
kau berceloteh macam macam 
ayat kau macam ............
tiba tiba kau suka buat aku terdiam 

aku nak kau senyum 
jangan kata sukar tapi cuba .. 
sebab kau sendiri tahu aku pun menanggung beban perasaan .

aku paksa diri aku tersenyum .
paksa  !!
sebab kalau bibir aku tak bergerak 
nanti airmata aku yang menyentak ............

Saturday, March 22, 2014

bangkitlah Sang Matahari


Dan benar . Sang Matahari hanya akan malap bila tibanya kiamat 

bila ditanya tentang teriknya matahari 
ramai yang mengeluh . 

panas 
bahang 

tapi bila disoal mengenai angin .
ramai yang tersenyum

sejuk
dingin

tapi pernah kau fikir kadang angin mampu meranapkan bangunan.
angin mampu membuat manusia jatuh .
kadang kita lalai dengan angin .

Assalamualaikum :)

bangkitlah matahari .
bukan bangkit sebagai manusia tapi sebagai hamba .
lama aku menyepi dari menulis apa apa entry . bukan sibuk sebagai alasan tapi malass

kadang lemah kita pada dunia .
sedangkan dalam Al Quran berfirman .


kerana itu jangan kau merasa megah dengan harta kerana harta yang paling kaya adalah kaya hati .
kau lupa pada satu perkara .
megahnya menanggung dunia tapi kau pernah fikir tentang hakikat sebenar penanggungan ?

aku dah letih .
penat bermain dengan perihal perasaan .
aku hanya mahu menjaga tapi . kau tahu erti tak mampu itu apa ?

aku hanya minta dijauhkan . bukan kerana hati tak sudi .
tapi tak mahu lihat dia berdikari ..


Saturday, January 4, 2014

penyepian yang menggila




dunia ini satu fenomena yang memperlihatkan manusia sentiasa berbeza.

Assalamualaikum 

Allah itu tahu apa yang kita sembunyikan dari dunia . kau senyum dalam kedukaan . Dia sentiasa ada di saat kau memerlukan .
kau tertawa melihat hiburan . Dia tahu apa yang kau sembunyikan .
pandang dunia dengan ehsan . kelak kau akan merasai apa itu penderitaan .

aku suka bercerita mengenai dunia . terasa dekat dengan manusia . kau tahu kenapa ?
bila kau bercerita perihal mereka . seolah olah kau tahu apa yang mereka hajatkan . fikirkan .
kerana mereka itu aku sendiri . aku menilai manusia dengan pandangan mata . mata yang miskin . pinjaman DIA . ehsan dari kurnia . kau tahu ? mata mampu menilai sejuta pandangan tapi telinga tak mampu mendengar sejuta hatta satu kritikan . kerana manusia itu fitrahnya memerhati dan mengkritik . tapi mendengar penjelasan . meraka rebah . okee kita :) '
kerana aku juga begitu .

" lagi kerap kita bercerita mengenai diri sendiri , lagi banyak kita berbohong " 

hakikatnya manusia itu kesepian . meraka perlukan perhatian .
sebab itu diciptakan laman sosial sebagai medan hiburan . lama aku terfikir hakikat penciptaan .
manusia berlumba lumba mencari perhatian . uplode segala mak nenek yang ada untuk dapatkan sejutaa likers .^^ aku jahat ? ini hakikat dunia yang perlu diakui . mereka sedar mereka siapa . bukan jutawan yang boleh humbankan wang atas jalan . mereka bukan penyair yang boleh melunaskan puisi dalam pameran . yang mereka punya hanya satu laman akaun untuk terjemahkan pemikiran hati kepda dunia .
kadang aku juga begitu . tak mengaku . sikit aku tak kisah .

kadang bila dilihat pada mereka . mereka kaya dengan kata2 . mampu bermadah dalam etika ingin mempersona . mereka kelu bila hati disentuh manusia . mereka gagal bertindak sebelum hati dipijak manusia.
aku juga begitu . biarkan hati ditawan sebelum sempat melawan . haih hati hati . bila nak menjadi dewasa . ? selaraskan akal . bertindak secara wajar . aku suka dia . fitrah yang ditetapkan buat manusia . kawal ia dengan iman kerana itu jangan biar hati itu larut dalam kesenangan . kelak kau ditinggalkan . tak meraung ?


rasa terlalu jauh aku bawa dia . tapi entah kenapa . aku tak gentar bila diberi kepercayaan . hati hati menjaga hati . kadang hati masih diambang emosi . kau tahu siapa dia ? aku kira dia ciptaan terbaik Tuhan buat aku . bersangka baik pada Dia . menilai dia dengan agama yang ada . aku sangat berharap akad itu dilafaz oleh dia  . kerana aku malas nak fikir . malas nak cari . cukuplah dia yang terakhir . jadi jadilah . tak ada . antara dia pergi atau aku yang menjauhi . Tuhan mendengar tiap doa . mungkin , setelah apa terjadi .. ini hadiah yang diberi . aku penat bercerita mengenai hati . perasaan . kau tak diuji dalam medan ini . baik kau diam ! aku tak pernah mengeluh dengan tindakan . kerana aku tahu Dia beri kerana aku mampu . kerana aku masih waras dalam mencipta rumusan . aku tahu apa yang batil dan apa yang zahir . aku maih menjaga . kau tahu apa  ? semua mengenai hati semuanyaa payah , renyah ! benar ?
kerana itu sebelum jatuh , jaga jangan sampai suka .

bila fikirkan hakikat kepercayaan . maaf aku sangat gentar . takut aku yang mengabaikan . takut aku yang meninggalkan . aku lebih rela kecewa dari mengecewakan . kerana itu . jangan letak apa2 harapan . aku ni biasa . takut kau yang kecundang pada yang datang . benar , aku tak mahu tapi kau tu buruan mak mak mertua  . semua nak mencari yang beriman . haihh . apakan daya , aku hanya mampu menunggu . takkan nak hantar pinangan ? aku tak sekuat SITI Khadijah . hahahaaaaa . laugh !

mohon satu perkara . moga apa yang kau janjikan akan tertunai atau terlerai dengan cara yang baik .
jangan persiakan kepercayaan . ^^


.............. bahasa apa yang aku gunakan ? matang mungkin . ceeh -,-
fahamkan . bukan kerana manusia aku menulis hanya melontar rasa yang tak terkata .


Thursday, January 2, 2014

BigNote : It's starting Of 2014 .


rentetan peristiwa untuk tahun ini masih dalam ilmu DIA 

Assalamualaikum . 

langit cerah . sangat cantik . seolah olah menjemput seri tahun baru untuk terus bernafas . tiap perjalanan pasti ada penghalang kerana Allah tak akan biar manusia hidup senang lenang . bawa iman kemana kau melangkah . dongak langit . pandang apa di atas . kau hidup bukan sorang sorang jadi tiap tindakan fikirkan sekeliling .

untuk tahun yang baru .  okay . aku dijemput untuk menghadiri satu UsrahAnakMuda dekat seri al Ummah . anjuran Kpip dan ABIM . okey no kontroversi . for the first time i say joined this programme after bergelar lepasan SPM . dengan niat yang benar nak mendekati ilmu Dia , dah diizinkan . aku pergi . orang kata . dekati mereka yang alim kelak kalau tak akhlak mereka kita dapat pun . bayang mereka dapat kita dekat . copy that ?

tahun baru . tapi manusia tak pernah menjadi baru . hakikatnya manusia dinilai dari perspektif yang masing masing berbeza . aku melihat ini semua waktu ambang tahun baru . berdasarkan tentatif program . kami digerakkan ke DataranIpoh untuk #streetDakwah . Allahu . hanya Dia tahu betapa aku cuak . bukan kerana soal malu atau what . tetapi memikirkan respond anak muda di sana . kami mungkin diherdik . dihalau atau di'ignorekan . manusia . actually nak kan sesuatu . kita perlukan pengalaman . so berbekalkan pesanan nasihat penganjur . " hati2 dan jalan dalam kumpulan " Allah ada di saat kita memperjuangkan agamaNya .

malam itu . dataran dipenuhi dengan manusia . tak ada langsung haiwan ternakan seumpamanya . tapi akhlak mereka .? Allahu . aku pun tak perfect untuk menilai manusia . tetapi mereka yang beragama tahu untuk meletakkan nilai itu dimana . thinking . mata diberi untuk perhati . menilai dan mengkritik . yang elok jadikan ikutan . yang buruk tinggal tinggalkan . mereka terlalu bebas #AnakMuda . seolah semua dah ada sijil nikah lagaknya . aku kasihankan mereka . mana ibu bapa ? kejam pada mereka yang menunding jari atas kepada ibu bapa atas kesalahan anak muda . hey , Allah lahirkan kau dalam Islam . memang aturan ibu bapa mendidik . tapi fitrah manusia itu sendiri bertuhan . kelak kau akan cari Tuhan .

moga hidayah itu tiba . mereka sebenarnya rindukan ketenangan . cuma salah pada jalan untuk mengatasi kekeliruan . mereka mengambil jalan mudah . hakikatnya makin parah . bantu mereka sahabat bukan menambah kekeliruan . kita bina jambatan bukan tembok . itu jalan dakwah . jalan istimewa antara kita dengan DIA.  tetapi itulah . apabila didekati , kita dikeji . ko bajet baik laaa , sampaikan kisah jahiliyah kita diungkit . dikatakan tak punya banyak beza . manusia . kerana itu tiada perubahan . bila berhijrah dikatakan membina sempadan . keemoon . buka mata dengan pandangan Akhirat

mulakan perubahan untuk dapatkan sesuatu yang baru . mereka perlukan kita . tarik mereka . bawa dekat pada DIA . bila Allah turunkan sejambak hidayah . itu tandanya Dia ingatkan untuk dikongsikan . mohon . berikan mereka peluang untuk mencari agama .

hakikatnya seronok untuk melibatkan diri dalam program macam nie . mendekati Islam . semoga aku diberikan peluang untuk mendekati dengan kebaikan . mudahkan :)