Welcome To My BlogFollow or Dashboard

Monday, June 3, 2013

lensa kamera ILAHI



" Kita hanya tetamu di dunia , jadi tanya Allah apa peranan kita di sini . 
Kita hanya hamba jadi tanya ' Tuan ' apa khidmat kita diperlukan di sini.. jadilah manusia yang 
memberi manfaat kerana syafaat kekasihNya akan diperoleh di sana "

Bismilahirahmirahim  :)

amanah telah kembali sebagai seorang pelajar . menulis hanya bila kelapangan . 
kerana medan dakwah itu amat luas :) hari nie dekat sri damansara ada bengkel penulisan kontemporari anjuran telaga biru . admit memang nak pergi .. tapi ibu ngan ayah tak bagi sebab risaukan aku . 
ada ustaz pahrol Juoi , uztaz Zahazan and ada sorang lagi .... takpelah , moga niat ini menjadi pahala .
mungkin ada hikmah kan ^^ tahun depan mungkin ada lagi kan . boleh pergi tak ? 

percaturan Allah tidak pernah mengecewakan :)

kadang kita tak nampak segala macam hikmah sebab kita mencari kesmpurnaan .
mana mungkin menjumpai yang sempurna kerana manusia bersifat lemah . lihatlah dengan kamera hati bila menilai sesuatu . kerana hikmah kebenaran ada jika dilihat bersandarkan Allah .. 
kadang manusia lambat sedar dengan apa yang berlaku ..

LENSA ILAHI ? pelik dengan tiltle nie .. erm , Allah tak perlukan kamera atau apa apa cermin untuk melihat kita sebab yang kita lakukan bertitik tolak pada ketentuan yang Dia sendiri tetapkan . so pernah terfikir kenapa manusia tak pernah jemu membuat kesilapan sedangkan tahu sifat Allah itu yang Maha Melihat ? mungkin belum tiba azaaab ataupun sebab merasakan jawatan dan pangkat yang dipegang tak melayakkan kau menunduk ke bumi ....

kadang jangan terlalu mendongak ke langit mencari rezeki kerana apa di lantai bumi tak semestinya yang tidak  membawa ke pintu rezeki
 

betapa mudah manusia mudah lupa dengan nikmat Allah .
kita sihat kerana kebaikan Allah . kita gembira kerana kesempatan yang Allah bagi.
ye .. PELUANG ! setiap saat kita di bumi nie adalah peluang .
kerana masa kita sangat suntuk . sangat kurang jadi peluang itu sangat hampir .

" jangan dihitung bila kita bakal dijemput Ilahi tetapi hitung berapa hari lagi kita diberi masa untuk beraksi sebagai hamba Ilahi "
                             
kebaikan yang kita buat tak semestinya menjadi bahan pujian manusia .kadang boleh menjadi fitnah pada empunya . kan ? logik? hati kita memang lain lain sebab manusia dicipta sebagai pelakon yang menjadikan pentas dunia sebagai medan mencari rezeki.
ada yang menjadikan dunia tempat berhibur semata . ada yang menjadikan dunia tempat mencari ilmu duniawi ukhrawi .. namun , ciptaan Allah terhadap manusia hanya satu tujuan ----- > mencari mardhatillah :)

jadi , apa pun yang kita buat atas muka bumi ie pastikan redha Allah itu utama .
memandang ke angit seolah melihat Allah memerhati kita . ya . disitu kita lihat lensa Allah merakam setiap pergerakkan kita untuk menjadi 'hadiah' buat kita di hari 'BERTUAH' nanti .

kita dipandang baik di dunia bukan kerana kita memang baik tapi kerana Allah menutup aib kita di dunia :) jangan dicari aib orang kerana aibmu dijaga oleh Allah ....
kita memang takdek hak langsung nak dedahkan aib orang sebab hak itu semua atas Allah . jadi , bertindaklah sebagai seorang muslim yang mencari perhatian Ilahi bukan perhatian duniawi .




bila mana kau merasakan dunia ini memenatkan . bersujudlah kerana akhirat itu sangat hampir :)