Welcome To My BlogFollow or Dashboard

Saturday, December 14, 2013

ISLAMIC Love . Relevan ?


" Cinta itu kadang hadirnya sunyi tapi tindakannya pada hati sehingga membuatkan manusia mati "

Melarikan anak mata ke arah yang lebih positif . kasihan aku melihat anak muda yang terlalu hanyut dengan cinta dunia . mereka merasakan mereka 'diva' apabila memenagi cinta . kau kalah anakku . terlalu mudah kau tewas dengan dunia . 

topik yang sering menjadi suapan anak anak zaman berteknologi ini . kau tak cukup taiko selagi kau tak bercinta . istilah yang sering diguna pakai untuk ke jerat dunia . cinta itu fitrah yang Allah anugerahkan pada yang terpilih . tak semua manusia berpeluang untuk merasai nilai cinta ini . kau bertuah kerana terpilih menelusi nilai cinta kafarah Ilahi . 

salurkan rasa ini pada yang berhak . pada yang layak menerima cinta ini . kau tak salah kerana cintakan manusia yang berlainan jantina denganmu . itu anugerah :) kau dikurniakan akal untuk meletakkan nilai cinta itu pada tingkat yang mana . selagi dia belum hak yang mutlak . batasi cinta itu dengan panduan Iman . saat ini kau diuji hebat . mencintai dan ingin dicintai . kau berhak untuk rasa itu kerana kau hambaNya yang diciptakan fitrah itu . 

sedang aku duduk memerhati Timeline yang bergerak rancak . mata menyorot pada tiap bait kata yang terpapar . masih ada yang menggunankan elemen cinta islamik . aku tergelak sendiri bukan kerana mentertawakan tetapi merasakan mereka dibelenggu pemikiran manusia yang cuba memanipulasikan hak sebenar HambaNya . aduh . anak muda . pandanglah pada apa yang dikatakan sebenar benar cinta berlandaskan Allah itu . pandanglah . 

ISLAMIC LOVE ? nyata tak punya beza . kau menghadkan dengan cara bergini ?
some people might say yang cinta islamik menjaga dari tak sepatutnya . * niat tidak menghalalkan cara * kalau hati dah berzina . takkan anggota lain terjaga ?
sedangkan Allah sendiri berfirman . hati itu anggota yang perlu dijaga . baik hati maka baiklah anggotanya .

Mereka lebih gemar menggunakan dasar yang sama . nampak terjaga dari luarannya hakikatnya tak punya banyak beza . cinta itu bukan datang dari DIA . Cinta yang datang dariNYA hakikatnya berlandaskan iman dan taqwa . kau tak akan mencari cinta manusia dengan cara yang murah . kau pertaruhkan janji yang kau sendiri belum tahu kudrat kau untuk itu .

'' kitorang couple tapi islamik laa , mana ada jumpa :/ mesej jee . terjaga apa ? "
        
              " kami sama2 gerak tahajud . saya ingatkan dia baca AlQuran . solat sunat . salah juga? "

        " saya jaga ikhtilat dengan dia . tak mesej . call pon tak tapi saya keep going stalk dia sebab takut dia cari lain -,- "           


konsep apa yang kau gunakan . ? menjaga batasan luaran tetapi dalaman ? hati yang sedang diulik rindu . hati yang sentiasa mendambakan belaian dan perhatian dia . kau mengakui rasa sayang itu tetapi mengapa jalan neraka yang kau gunakan . kau membawa dia ke arah kelalaian .

 Bila nak menutup kesalahan sendiri . itu yang sampai wujudkan konsep " cinta islamik " . mereka mengingatkan tentang dosa pahala tetapi dalam masa yang sama mereka menjerumuskan diri dalam kancah dosa .

sedangkan kita tahu . perhubungan adam dan hawa tidak mendapat redha Allah melainkan 4 perkara : perubatan : perniagaan : pendidikan : perkahwinan :) Allahhu ! 



Jika kita benar yakin dia jodoh kita .. jangan diikat dengan cinta dunia tetapi jamin dia dengan cinta syurga :)
    

JIKA BENAR CINTA INI DARI DIA .............
           saya tak akan mohon perkenalan dengan awak
           saya tak akan save no phone awak dalam list contact saya
           saya tak akan bergayut dengan awak sampai lupa waktu itu waktu tahajud kita
           saya tak akan biarkan awak dengar suara saya kerana ini buat yang halal
           saya tak akan tanya khabar sihat awak . makan minum awak .
           saya tak akan buat awak jatuh cinta pada saya ..
           saya tak akan lakukan ini semua kerana ini permainan dunia buat mereka yang tak menilai apa itu nilai cinta sebenar benarnya ... cinta ini buat DIA & KEKASIHNYA...

Cinta ini anugerah selagi mana kau pelihara dengan Iman dan Taqwa . mencintai dia bukan satu kesalahan kerana itu hak . hati manusia itu penuh ihsan dan perlukan perhatian . Allah menetapkan rasa cinta itu untuk menguatkan bukan melemahkan . pelihara ia sehingga tangan tok kadi kau genggam . susah memang susah . kerana ubatkan teorinya pahit :) 

Jemput dia bila tiba masanya . jangan terlalu sombong dengan menyimpannya untuk diri sendiri . meminta itu hak manusia tetapi hati dia masih milik Allah . Mutlak :) nilailah cinta dengan mata ISLAM . kau akan lihat betapa cinta itu mendamaikan . Allah memilih kau untuk merasai nikmat cinta itu kerana DIA ingin mengajarmu erti sebenar bahagia . Ini semua kerana DIA cinta .