Welcome To My BlogFollow or Dashboard

Saturday, January 4, 2014

penyepian yang menggila




dunia ini satu fenomena yang memperlihatkan manusia sentiasa berbeza.

Assalamualaikum 

Allah itu tahu apa yang kita sembunyikan dari dunia . kau senyum dalam kedukaan . Dia sentiasa ada di saat kau memerlukan .
kau tertawa melihat hiburan . Dia tahu apa yang kau sembunyikan .
pandang dunia dengan ehsan . kelak kau akan merasai apa itu penderitaan .

aku suka bercerita mengenai dunia . terasa dekat dengan manusia . kau tahu kenapa ?
bila kau bercerita perihal mereka . seolah olah kau tahu apa yang mereka hajatkan . fikirkan .
kerana mereka itu aku sendiri . aku menilai manusia dengan pandangan mata . mata yang miskin . pinjaman DIA . ehsan dari kurnia . kau tahu ? mata mampu menilai sejuta pandangan tapi telinga tak mampu mendengar sejuta hatta satu kritikan . kerana manusia itu fitrahnya memerhati dan mengkritik . tapi mendengar penjelasan . meraka rebah . okee kita :) '
kerana aku juga begitu .

" lagi kerap kita bercerita mengenai diri sendiri , lagi banyak kita berbohong " 

hakikatnya manusia itu kesepian . meraka perlukan perhatian .
sebab itu diciptakan laman sosial sebagai medan hiburan . lama aku terfikir hakikat penciptaan .
manusia berlumba lumba mencari perhatian . uplode segala mak nenek yang ada untuk dapatkan sejutaa likers .^^ aku jahat ? ini hakikat dunia yang perlu diakui . mereka sedar mereka siapa . bukan jutawan yang boleh humbankan wang atas jalan . mereka bukan penyair yang boleh melunaskan puisi dalam pameran . yang mereka punya hanya satu laman akaun untuk terjemahkan pemikiran hati kepda dunia .
kadang aku juga begitu . tak mengaku . sikit aku tak kisah .

kadang bila dilihat pada mereka . mereka kaya dengan kata2 . mampu bermadah dalam etika ingin mempersona . mereka kelu bila hati disentuh manusia . mereka gagal bertindak sebelum hati dipijak manusia.
aku juga begitu . biarkan hati ditawan sebelum sempat melawan . haih hati hati . bila nak menjadi dewasa . ? selaraskan akal . bertindak secara wajar . aku suka dia . fitrah yang ditetapkan buat manusia . kawal ia dengan iman kerana itu jangan biar hati itu larut dalam kesenangan . kelak kau ditinggalkan . tak meraung ?


rasa terlalu jauh aku bawa dia . tapi entah kenapa . aku tak gentar bila diberi kepercayaan . hati hati menjaga hati . kadang hati masih diambang emosi . kau tahu siapa dia ? aku kira dia ciptaan terbaik Tuhan buat aku . bersangka baik pada Dia . menilai dia dengan agama yang ada . aku sangat berharap akad itu dilafaz oleh dia  . kerana aku malas nak fikir . malas nak cari . cukuplah dia yang terakhir . jadi jadilah . tak ada . antara dia pergi atau aku yang menjauhi . Tuhan mendengar tiap doa . mungkin , setelah apa terjadi .. ini hadiah yang diberi . aku penat bercerita mengenai hati . perasaan . kau tak diuji dalam medan ini . baik kau diam ! aku tak pernah mengeluh dengan tindakan . kerana aku tahu Dia beri kerana aku mampu . kerana aku masih waras dalam mencipta rumusan . aku tahu apa yang batil dan apa yang zahir . aku maih menjaga . kau tahu apa  ? semua mengenai hati semuanyaa payah , renyah ! benar ?
kerana itu sebelum jatuh , jaga jangan sampai suka .

bila fikirkan hakikat kepercayaan . maaf aku sangat gentar . takut aku yang mengabaikan . takut aku yang meninggalkan . aku lebih rela kecewa dari mengecewakan . kerana itu . jangan letak apa2 harapan . aku ni biasa . takut kau yang kecundang pada yang datang . benar , aku tak mahu tapi kau tu buruan mak mak mertua  . semua nak mencari yang beriman . haihh . apakan daya , aku hanya mampu menunggu . takkan nak hantar pinangan ? aku tak sekuat SITI Khadijah . hahahaaaaa . laugh !

mohon satu perkara . moga apa yang kau janjikan akan tertunai atau terlerai dengan cara yang baik .
jangan persiakan kepercayaan . ^^


.............. bahasa apa yang aku gunakan ? matang mungkin . ceeh -,-
fahamkan . bukan kerana manusia aku menulis hanya melontar rasa yang tak terkata .


Thursday, January 2, 2014

BigNote : It's starting Of 2014 .


rentetan peristiwa untuk tahun ini masih dalam ilmu DIA 

Assalamualaikum . 

langit cerah . sangat cantik . seolah olah menjemput seri tahun baru untuk terus bernafas . tiap perjalanan pasti ada penghalang kerana Allah tak akan biar manusia hidup senang lenang . bawa iman kemana kau melangkah . dongak langit . pandang apa di atas . kau hidup bukan sorang sorang jadi tiap tindakan fikirkan sekeliling .

untuk tahun yang baru .  okay . aku dijemput untuk menghadiri satu UsrahAnakMuda dekat seri al Ummah . anjuran Kpip dan ABIM . okey no kontroversi . for the first time i say joined this programme after bergelar lepasan SPM . dengan niat yang benar nak mendekati ilmu Dia , dah diizinkan . aku pergi . orang kata . dekati mereka yang alim kelak kalau tak akhlak mereka kita dapat pun . bayang mereka dapat kita dekat . copy that ?

tahun baru . tapi manusia tak pernah menjadi baru . hakikatnya manusia dinilai dari perspektif yang masing masing berbeza . aku melihat ini semua waktu ambang tahun baru . berdasarkan tentatif program . kami digerakkan ke DataranIpoh untuk #streetDakwah . Allahu . hanya Dia tahu betapa aku cuak . bukan kerana soal malu atau what . tetapi memikirkan respond anak muda di sana . kami mungkin diherdik . dihalau atau di'ignorekan . manusia . actually nak kan sesuatu . kita perlukan pengalaman . so berbekalkan pesanan nasihat penganjur . " hati2 dan jalan dalam kumpulan " Allah ada di saat kita memperjuangkan agamaNya .

malam itu . dataran dipenuhi dengan manusia . tak ada langsung haiwan ternakan seumpamanya . tapi akhlak mereka .? Allahu . aku pun tak perfect untuk menilai manusia . tetapi mereka yang beragama tahu untuk meletakkan nilai itu dimana . thinking . mata diberi untuk perhati . menilai dan mengkritik . yang elok jadikan ikutan . yang buruk tinggal tinggalkan . mereka terlalu bebas #AnakMuda . seolah semua dah ada sijil nikah lagaknya . aku kasihankan mereka . mana ibu bapa ? kejam pada mereka yang menunding jari atas kepada ibu bapa atas kesalahan anak muda . hey , Allah lahirkan kau dalam Islam . memang aturan ibu bapa mendidik . tapi fitrah manusia itu sendiri bertuhan . kelak kau akan cari Tuhan .

moga hidayah itu tiba . mereka sebenarnya rindukan ketenangan . cuma salah pada jalan untuk mengatasi kekeliruan . mereka mengambil jalan mudah . hakikatnya makin parah . bantu mereka sahabat bukan menambah kekeliruan . kita bina jambatan bukan tembok . itu jalan dakwah . jalan istimewa antara kita dengan DIA.  tetapi itulah . apabila didekati , kita dikeji . ko bajet baik laaa , sampaikan kisah jahiliyah kita diungkit . dikatakan tak punya banyak beza . manusia . kerana itu tiada perubahan . bila berhijrah dikatakan membina sempadan . keemoon . buka mata dengan pandangan Akhirat

mulakan perubahan untuk dapatkan sesuatu yang baru . mereka perlukan kita . tarik mereka . bawa dekat pada DIA . bila Allah turunkan sejambak hidayah . itu tandanya Dia ingatkan untuk dikongsikan . mohon . berikan mereka peluang untuk mencari agama .

hakikatnya seronok untuk melibatkan diri dalam program macam nie . mendekati Islam . semoga aku diberikan peluang untuk mendekati dengan kebaikan . mudahkan :)