Welcome To My BlogFollow or Dashboard

Saturday, January 4, 2014

penyepian yang menggila




dunia ini satu fenomena yang memperlihatkan manusia sentiasa berbeza.

Assalamualaikum 

Allah itu tahu apa yang kita sembunyikan dari dunia . kau senyum dalam kedukaan . Dia sentiasa ada di saat kau memerlukan .
kau tertawa melihat hiburan . Dia tahu apa yang kau sembunyikan .
pandang dunia dengan ehsan . kelak kau akan merasai apa itu penderitaan .

aku suka bercerita mengenai dunia . terasa dekat dengan manusia . kau tahu kenapa ?
bila kau bercerita perihal mereka . seolah olah kau tahu apa yang mereka hajatkan . fikirkan .
kerana mereka itu aku sendiri . aku menilai manusia dengan pandangan mata . mata yang miskin . pinjaman DIA . ehsan dari kurnia . kau tahu ? mata mampu menilai sejuta pandangan tapi telinga tak mampu mendengar sejuta hatta satu kritikan . kerana manusia itu fitrahnya memerhati dan mengkritik . tapi mendengar penjelasan . meraka rebah . okee kita :) '
kerana aku juga begitu .

" lagi kerap kita bercerita mengenai diri sendiri , lagi banyak kita berbohong " 

hakikatnya manusia itu kesepian . meraka perlukan perhatian .
sebab itu diciptakan laman sosial sebagai medan hiburan . lama aku terfikir hakikat penciptaan .
manusia berlumba lumba mencari perhatian . uplode segala mak nenek yang ada untuk dapatkan sejutaa likers .^^ aku jahat ? ini hakikat dunia yang perlu diakui . mereka sedar mereka siapa . bukan jutawan yang boleh humbankan wang atas jalan . mereka bukan penyair yang boleh melunaskan puisi dalam pameran . yang mereka punya hanya satu laman akaun untuk terjemahkan pemikiran hati kepda dunia .
kadang aku juga begitu . tak mengaku . sikit aku tak kisah .

kadang bila dilihat pada mereka . mereka kaya dengan kata2 . mampu bermadah dalam etika ingin mempersona . mereka kelu bila hati disentuh manusia . mereka gagal bertindak sebelum hati dipijak manusia.
aku juga begitu . biarkan hati ditawan sebelum sempat melawan . haih hati hati . bila nak menjadi dewasa . ? selaraskan akal . bertindak secara wajar . aku suka dia . fitrah yang ditetapkan buat manusia . kawal ia dengan iman kerana itu jangan biar hati itu larut dalam kesenangan . kelak kau ditinggalkan . tak meraung ?


rasa terlalu jauh aku bawa dia . tapi entah kenapa . aku tak gentar bila diberi kepercayaan . hati hati menjaga hati . kadang hati masih diambang emosi . kau tahu siapa dia ? aku kira dia ciptaan terbaik Tuhan buat aku . bersangka baik pada Dia . menilai dia dengan agama yang ada . aku sangat berharap akad itu dilafaz oleh dia  . kerana aku malas nak fikir . malas nak cari . cukuplah dia yang terakhir . jadi jadilah . tak ada . antara dia pergi atau aku yang menjauhi . Tuhan mendengar tiap doa . mungkin , setelah apa terjadi .. ini hadiah yang diberi . aku penat bercerita mengenai hati . perasaan . kau tak diuji dalam medan ini . baik kau diam ! aku tak pernah mengeluh dengan tindakan . kerana aku tahu Dia beri kerana aku mampu . kerana aku masih waras dalam mencipta rumusan . aku tahu apa yang batil dan apa yang zahir . aku maih menjaga . kau tahu apa  ? semua mengenai hati semuanyaa payah , renyah ! benar ?
kerana itu sebelum jatuh , jaga jangan sampai suka .

bila fikirkan hakikat kepercayaan . maaf aku sangat gentar . takut aku yang mengabaikan . takut aku yang meninggalkan . aku lebih rela kecewa dari mengecewakan . kerana itu . jangan letak apa2 harapan . aku ni biasa . takut kau yang kecundang pada yang datang . benar , aku tak mahu tapi kau tu buruan mak mak mertua  . semua nak mencari yang beriman . haihh . apakan daya , aku hanya mampu menunggu . takkan nak hantar pinangan ? aku tak sekuat SITI Khadijah . hahahaaaaa . laugh !

mohon satu perkara . moga apa yang kau janjikan akan tertunai atau terlerai dengan cara yang baik .
jangan persiakan kepercayaan . ^^


.............. bahasa apa yang aku gunakan ? matang mungkin . ceeh -,-
fahamkan . bukan kerana manusia aku menulis hanya melontar rasa yang tak terkata .